Your rating:
Penyiasat genius eksentrik yang ikonik, Sherlock Holmes dan sahabatnya, Dr. John H. Watson mula diperkenalkan dalam majalah Beeton's Christmas Annual pada tahun 1887. Dan hingga kini, tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa Sherlock Holmes adalah watak fiksyen paling terkenal dan telah muncul dalam pelbagai bahasa dan medium. Buku ini mengandungi dua novel terawal, A Study in Scarlet, tentang misteri pembunuhan yang memeningkan dan tulisan Rache berdarah pada dinding, dan The Sign of Four, memperkenalkan watak Mary Morstan, wanita muda yang meminta bantuan Holmes dan Dr. Watson merungkai misteri mutiara yang diterimanya setiap tahun, beberapa tahun selepas kematian ayahnya.
Publication Year: 2017
No posts yet
Kick off the convo with a theory, question, musing, or update
Your rating:
Kenapa aku baca? Sebab tertengok anime Moriarty...
Entah kenapa aku jadi teratrik nak tahu tentang Sherlock Holmes. Lagi-lagi haritu ada sales buku ni murah, aku borong semua..
Tapi susah aku nak fahamkan sebab bahasa Melayu yang baku. Aku jadi perlukan masa untuk tenangkan fikiran dan sambungkan pembacaan.
Tapi kalau nak beli, aku lebih sarankan beli yang Bahasa Inggeris punya. Mungkin sebab karya dalam bahasa asal lebih memberi kesan mendalam.
Kita teruskan dengan penceritaan buku ni. Aku rasa ceritanya tak meleret-leret. Semuanya ada plot yang padat dan best. Lagipun sebab aku dah tgk Moriarty, aku dah tahu siapa pembunuh. Cuma dalam novel, penulis terangkan sebab dan motif pembunuhan lebih mendalam. Jadi aku faham kisah disebalik pembunuhan yang berlaku.
Kesimpulannya, aku puas baca cerita ni.