Post from the We Used to Live Here forum
ai_akizuki started reading...

We Used to Live Here
Marcus Kliewer
ai_akizuki finished a book

The Sword of Kaigen
M.L. Wang
Post from the The Sword of Kaigen forum
Post from the The Sword of Kaigen forum
Post from the The Sword of Kaigen forum
ai_akizuki TBR'd a book

She's a Doll
Barbara Truelove
Post from the The Sword of Kaigen forum
Post from the The Sword of Kaigen forum
Post from the The Sword of Kaigen forum
ai_akizuki started reading...

The Sword of Kaigen
M.L. Wang
ai_akizuki wrote a review...
Ini salah satu karya daripada penulis paling laris sepanjang masa untuk syarikat penerbitan Fixi, jadi tak keterlaluan pun untuk saya mempunyai ekspektasi tinggi. Malangnya tak ada satu aspek pun dalam cerita ini yang digarap dengan baik bagi saya. Daripada segi plot, ianya bukan sesuatu yang baru. Krampus adalah kepercayaan popular di barat tapi itu bukanlah masalahnya. Boleh sahaja olahkan satu cerita berkenaan Krampus yang lebih relevan dengan masyarakat Melayu (memandangkan semua watak di dalam buku ini berbangsa Melayu). Tapi tak ada apa-apa originality, arang dan lidi pun sama sebiji dengan versi barat. Motif pembunuhan dan modus operandi juga underwhelming, ianya munasabah tapi klise. Tiada foreshadowing yang signifikan juga. Di klimaks cerita ketika pembaca didedahkan tentang pembunuhan yang dilakukan Krampus, tiada babak di mana pembaca terlepas pandang tapi sudah diberi bayangan oleh penulis. Saya faham kenapa terasa gempak untuk deceive both pembaca dan karakter tapi bila tiada foreshadowing klimaks jadi 'tiber' dan buat pembaca rasa turn off. Tiada apa-apa yang make all the dots connected.
Keduanya, characterisation. Ini adalah aspek di dalam buku ini yang paling lemah sekali. Watak-watak di dalam buku ini sangat one dimensional, mereka seperti karikatur and templat. Dani seperti apa yang seorang marhaen mungkin beranggapan di dalam benak fikiran anak orang kaya entitled, sombong dan spoilt. Sama dengan watak-watak lain. Semua watak di dalam buku ini langsung tidak 'hidup'. Kalau bak kata Usop Wilcha dalam Hantu kak Limah Balik Rumah "nampak benor nipunya". Mereka terasa sangatlah fictional dan made up. Ini membuatkan pembaca tak terasa connected dengan karakter dalam Kampus. Pada saya, kalau semua orang dalam kampus ni mati pun tak apa, saya langsung tak kisah.
Dual POV menunjukkan penulis ada cubaan untuk memberi perbezaan atau keunikan karakter di antara Dani dan Haziq tapi skil penulisan yang agak kurang membantutkan hasrat ini. Banyak tell daripada show dalam pembentukan karakter. Di akhir buku ini ada babak di mana Haziq berkata kepada Dani "kau ni banyak layers juga ya" apabila Dani memberitahu tentang cita-citanya menjadi wartawan jenayah. Tapi hakikatnya, langsung tiada refleksi diri yang mendalam daripada kedua-dua mereka sebagai karakter yang ada POV sendiri atau pun daripada naratif penulis. Refleksi bukan bermaksud 'menjadi baik', atau 'berhijrah'. Refleksi di sini bermaksud eksplorasi tentang psikologi karakter. Saya faham ada unsur-unsur sinikal, contohnya Dani yang merasakan dirinya bijak tapi sebenarnya impulsif dan berakal pendek. Tapi kenapa aspek-aspek ini tidak dikembangkan? Apa 'layers' yang dimaksudkan Haziq? Hanya kerana pembaca diberitahu Dani mempunyai layers, tidak semestinya dia memang mempunyai layers. Memang Dani bukan karakter yang sempurna atau bermoral tapi itu tak sepatutnya menyempitkan karakter Dani sebagai templat "anak orang kaya, spoilt, kaki perempuan, impulsif, narsisistik, cita-cita jadi wartawan jenayah." Haziq lagillah, siapa je Haziq sebenarnya di sebalik ketidaksukaannya terhadap sistem kasta dalam block A & Dani, nak cari identiti Krampus & selalu jumpa Lara? Tiada kerana mereka cuma diciptakan sebagai karikatur di tahap surface level sahaja.
Okaylah, jika plot klise dan perwatakan lemah mungkin penulisan dapat menebus kekurangan ini? Tidak ya. Penulisan di dalam buku ini sebenarnya tidaklah teruk sangat sampai tahap nak campak buku ke, dnf ke, tidak. Tapi adalah hingga tahap cringe yang automatik terbuat muka grimace dan berkerut. Dialog kebanyakannya terlalu cringe dan tidak realistik langsung. Which is ironic sebab Fixi membenarkan bahasa pasar untuk meningkatkan unsur 'realism' jadi sepatutnya dialog terasa natural Satu lagi, tiada prosa? Atau ada tapi terlalu lemah sampai terasa lebih banyak dialog. The most yang buku ini cuba untuk menjadi 'deep' adalah apabila Dani memerihalkan kesunyian dalam menjadi anak orang kaya. Atau "duit tidak membawa bahagia". Asal kaya je masalahnya sunyi, asal kaya je "duit bukan segalanya, tak bawa bahagia". In real life ada banyak lagi masalah lain yang orang kaya T5, T10 hadapi selain daripada kesunyian dan didampingi oportunis kerana duit/harta. Terlalu klise, biasa dan repetitive, bosan.
Akhir kata saya hanya boleh memberi 1.5 ⭐️. Konsep Krampus di dalam Kampus menarik tapi selain daripada itu semua yang ada dalam buku ini terlalu hambar. Saya rasa jika saya baca buku ini ketika tahun penerbitannya sewaktu saya berusia 16 tahun, mungkin saya akan rasa Kampus ini sangat menarik, sangat cool dan sangat best. But alas, I read it 9 years after, Apa pun, memandangkan penulis ada banyak lagi buku lain yang saya belum baca, saya rasa saya nak keep on searching for one book karya penulis yang kena dengan citarasa saya. Jadi saya tak serik lagi dan akan baca lagi selepas ini.
ai_akizuki finished a book

Kampus
Syafiq Aizat
ai_akizuki started reading...

Kampus
Syafiq Aizat
ai_akizuki finished a book

How To Kill Your Husband
Aghnia Sofyan